Our Halal

What is Halal is clear. And what is Haram is also clear.

Sembelihan secara Islam

Konsep Sembelihan

Sembelihan dengan mengikut Syara’ disamping memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Syariah Islamiyah adalah satu-satunya cara bagi menghalalkan daging haiwan bagi umat Islam sebagaimana yang dijelaskan didalam ayat berikut :

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala”
(Surah Al-Ma’idah 5:3)

Hukum menyembelih

Hukum menyembelih adalah wajib keatas haiwan yang halal untuk dimakan dagingnya. Bagi haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak diistilahkan sebagai bangkai dan najis.

Sembelihan Halal ialah dengan menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan cara memutuskan urat halkum (saluran udara) dan urat mari’ (saluran makanan/minuman) (mengikut mazhab As-Syafie) dengan menggunakan alatan tertentu yang tajam dengan niat kerana Allah SWT.

Rukun Sembelihan

1. Penyembelih. Hendaklah seorang Muslim, mumayyiz dan berniat menyembelih. Sembelihan yang tidak disengajakan adalah tidak sah.

2. Binatang yang disembelih. Binatang yang Halal, masih hidup (mempunyai Hayat Mustaqirrah) dan wajib memutuskan urat Mari’ dan Halqum.

3. Alat Sembelihan – Mestilah tajam dan boleh mengalirkan darah kecuali yang diperbuat dari tulang, kuku dan gigi.

4. Proses menyembelih – Niat kerana Allah, sembelih di leher dan haiwan tersebut mati semata- mata disebabkan penyembelihan.

Ehsan dalam penyembelihan

يقول النبي صلى الله عليه وسلم : " إن الله كتب الإحسان على كل شئ فإذا قتلتم فأحسنوا القتل ، وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبح ، وليحد أحدكم شفرته ، وليرح ذبيحته "

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya. "(Hadits riwayat Muslim)


Sunat dalam penyembelihan

1. Menghadap Kiblat kerana ia semulia-mulia pihak

2. Menyebut nama Allah : “Bismillah”

3. Menenangkan haiwan yang hendak disembelih

4. Mengendalikan haiwan tersebut dengan cermat

5. Menajamkan mata pisau

6. Menyembelih dengan mantap

7. Memberi minum sebelum disembelih

Makruh dalam penyembelihan

1. Tidak menyebut nama Allah

2. Tidak Menghadap kiblat

3. Mengasah pisau di hadapan haiwan sembelihan

4. Menyembelih haiwan di hadapan haiwan lain

5. Menyembelih dari belakang tengkuk,

6. Mengendalikan haiwan dengan kasar

7. Tidak memberi minum kepada haiwan tersebut

8. Menggunakan pisau yang tidak tajam


Kesimpulan

Sembelihan cara Islam adalah yang terbaik dan merupakan cara yang penuh penghormatan kepada haiwan dan ihsan dalam penyembelihan (iaitu yang tidak menggunakan kaedah stunning). Pengusaha-pengusaha rumah sembelih perlulah membangunkan tata cara pengendalian yang sesuai dengan jumlah sembelihan haiwan dan dalam masa yang sama hendaklah memastikan syarat-syarat dan adab-adab sembelihan dipatuhi

Crispy. Halal atau tidak?

Shukran kepada Farra yang menyiarkan pertanyaan tentang Crispy kepada HDC. Insya-Allah ianya akan menjadi panduan buat kita tentang memilih makanan yang halal dan bukan hanya mengikut email-email yang tidak tahu asal sumbernya!

Sila klik link dibawah untuk ke post beliau!


http://dmnfarra.blogspot.com/2009/05/syabas-kepada-hdc.html



360 2009: Episod 21 : HDC / Halal

360 2009: Episod 21

Shared via AddThis

50,000 palsu?

KUALA LUMPUR: Berhati-hati apabila menjamu selera di restoran milik pengusaha bukan Islam berikutan siasatan pihak berkuasa mendapati ada antara sijil halal yang tertera pada premis perniagaan berkenaan palsu dan dibeli daripada pihak tertentu pada harga mencecah RM5,000 sekeping semata-mata untuk menarik kedatangan orang Islam menjamu selera di premis mereka.

Difahamkan, penyebaran sijil akuan halal itu mendapat permintaan tinggi di kalangan pengusaha restoran milik bukan Islam bermasalah berikutan pemilik tidak perlu mematuhi syarat dan prosedur pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini.

Berdasarkan siasatan, sijil akuan halal yang tidak diiktiraf Jakim itu kini dimiliki hampir 50,000 premis makanan terutama pengusaha restoran bukan Islam di seluruh negara.

Jurucakap Halal Industry Development Corporation (HDC) berkata, pemantauan dan siasatan dilakukan di beberapa premis makanan mendapati sijil halal tidak sah berkenaan diedarkan individu tertentu yang menjualnya untuk mendapatkan keuntungan lumayan.

Menurutnya, sijil halal tidak sah laku itu jauh berbeza dengan sijil halal Jakim yang kini dikeluarkan HDC berikutan ia tidak dipantau atau dikawal selia mengikut garis panduan sepatutnya.

“Pihak yang mengedarkan sijil berkenaan hanya memikirkan keuntungan apabila menjual sijil halal itu tanpa memikirkan sama ada pemilik restoran mematuhi syarat piawaian pensijilan yang harus dipatuhi.

“Sebagai contoh, premis makanan yang memiliki sijil halal seharusnya mendapatkan bekalan bahan mentah seperti ayam dan daging daripada syarikat pembekal yang turut memperoleh sijil halal sah dari rumah sembelihan diiktiraf Jakim atau HDC. Selain itu, pihak premis makanan perlu memastikan tiada bahan masakan yang diragui digunakan selain memastikan aspek kebersihan dijaga,” katanya.

Malangnya, pihak yang mengeluarkan sijil halal sama seperti sijil Jakim atau HDC ini lepas tangan dan tidak pernah melakukan pemantauan berkala.

“Akibatnya ada restoran atau premis makanan ini yang memiliki sijil halal palsu menggunakan bahan masakan diragui halal serta pekerja bukan Islam untuk melakukan tugas memasak selain mengabaikan aspek kebersihan,” katanya.

Jurucakap itu berkata, kelulusan memperoleh sijil halal HDC proses penuh teliti berikutan pemeriksaan mengikut prosedur akan dilakukan auditor syariah dan auditor teknikal (teknologi makanan) bagi memastikan premis terbabit benar-benar layak memiliki sijil halal berkenaan.

Sumber : Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090527065005/Article/index_html

Halal - Siapa yang bertanggungjawab?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... :D

Dah lama create blog ni, tapi baru sekarang ada masa nak update :D.

Baru-baru ni Matrade dengan kerjasama HDC (Halal Industry Development Corporation) ada buat International Halal Showcase atau MIHAS di perkarangan Matrade. Saya ada bersama beberapa kawan yang lain kena jaga booth HDC mewakili Halal Intergriti. Memang banyak pertanyaan berkenaan Halal. Ramai diantara kita yang belum tahu tentang prosuder pensijilan halal malaysia, halal malaysia dan lain-lain berkenaan halal di negara kita.

Antara soalan yang saya terima ialah :

"Saya pergi ke sebuah kedai RM2 di Melaka. Di kedai tersebut, saya terjumpa kasut yang menggunakan kulit khinzir. Kenapa tiada tindakan daripada HDC tentang perkara ini? "

Saya rasa, ramai yang masih tidak tahu tentang Halal, SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB???

Pertama sekali, kita kena tahu bahawa Halal dan Haram datangnya dari Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan kepada KITA apa yang Halal untuk KITA dan apa yang Haram untuk KITA. Dan agama ini adalah untuk seluruh umat, tidak dikhususkan kepada orang tertentu atau badan tertentu. Maka adalah satu kewajipan kepada setiap individu umat islam untuk menentukan mana yang halal dan mana yang haram utk dirinya, keluarga dan lain-lain. Tak perlu satu badan atau pertubuhan atau orang perseorangan meletakkan tanda HARAM pada khinzir (contohnya) untuk memberitahu semua yang khinzir itu adalah HARAM.

Kesimpulanya, semuanya atas pengguna untuk menentukan apa yang hendak digunakanya @ dimakan. Contohnya, " kalau dah was-was atau taktau restoran tu halal atau tidak (tambahan pulak bila restoran takdak sijil halal), maka takpayah la pi dok makan lagi. Takpayah dok tunggu sampai dia jamu benda haram baru nak berhenti makan!"

Ini contoh saja la :D

Di Malaysia, tiada akta yang bertanggungjawap sepenuhnya terhadap Halal. Sungguh, tiada akta. Tiada siapa yang boleh tangkap seseorang kerana menjual selipar berkulit babi di kedai-kedai atau supermarket dan sebagainya!

Pensijilan Halal yang diamanahkan kepada HDC (dahulunya JAKIM yang buat) adalah TIADA PAKSAAN. Sesiapa yang nak, boleh apply. Sapa yang taknak, no problem! (Tapi kita nasihatkan supaya mengambil sijil halal). Sejak dahulu hingga sekarang, itulah hakikatnya.

So, kalau ada yang mendapat sijil halal dan menggunakan logo halal malaysia, kemudian melanggar prosuder pensijilan halal malaysia seperti restoran yang mendapat sijil halal, kemudian menjual barangan yang tidak halal, maka akan dikenakan tindakan oleh penguatkuasa HDC dan pihak yang bertanggungjawap.

Dan, kalau tak ada sijil halal? (seperti kasut berkulit babi yang di jumpai di kedai RM2) maka tiada akta yang membolehkan tindakkan diambil, sama seperti restoran-restoran bukan islam yang menjual makanan dan minuman haram, tiada tindakan akan diambil keatas mereka. Maklum la, kita kan negara berbilang kaum!

Macamana pulak dengan cokelat-cokelat yang ada gelatine dari sumber haram?

Kalau tak ada sijil halal keatas produk tersebut, dan dikhuatiri ke-halal-lanya, maka tak payah la makan. Sebab, cokelat-cokelat dan makanan-makanan seperti tersebut tak wajib meminta sijil halal semasa memasuki negara ini, dan tiada sekatan yang dikena kan ke-atas produk-produk tersebut.

HDC, Jakim dan lain-lain badan tidak bertanggung-jawab sebab tak ada AKTA. So, heboh-hebohkan lah (kalau tau yg produk tersebut dari sumber yang haram). Kalau produk tersebut ada sijil halal HDC/JAKIM tapi ada bukti yg produk itu ada sumber dari yang haram, teruslah berhubung dengan HDC tollfree : 1800-880-555.

Akta Halal sebenarnya dalam proses. Dah siap, cuma memerlukan persetujuan dari tingkat atas. Insya-Allah kalau dah ada Akta Halal nanti, senang la kita ummat islam ni nak buat aduan dan penguatkuasa nak buat spotchek! :D

Okeh, nak balik dah. Semoga hidup kita sentiasa diberkati. Amin!

Assalamualaikum.

Selamat datang!

Sebagai seorang muslim yang ingin menjalankan tanggungjawap fardhu kifayah, disini akan dituliskan beberapa perkara tentang Halal yang akan menjadi rujukkan kita semua. Diharap dapat disampaikan kepada semua umat islam seberapa banyak yang mungkin (khususnya di Malaysia) agar tidak berasa was-was dalam membeli barangan Halal, insya-Allah!

Search This Blog

Loading...

About this blog

Followers